WAJIB YANG ANDA PERLU TAHU BILA NAK TAMBAH RAM
WAJIB YANG ANDA PERLU TAHU BILA NAK TAMBAH RAM
Bagi anda yang pernah atau bercadang untuk melakukan
penambahbaikan terhadap komputer anda dengan menambah RAM, anda tentu dihujani
dengan pelbagai terma-terma dan istilah-istilah berkaitan dengan RAM (Random
Access Memory atau Ingatan Capaian Rawak).
Sebagai panduan kita bersama, berikut adalah di antara
terma-terma yang perlu anda ketahui sewaktu melakukan pembelian atau melakukan
tinjauan terhadap RAM di pasaran;
SO-DIMM
Singkatan kepada Small Outline Dual In-line Memory Module,
SO-DIMM dikirakan sebagai alternatif bersaiz mini kepada DIMM (Dual In-line
Memory Module). Ia sering didapati di dalam sistem yang berkerangka kecil
seperti laptop, netbook, komputer desktop bersaiz kompak hinggalah ke pencetak
berspesifikasi tinggi yang memiliki perkakasan yang boleh dinaik taraf
(upgradeable hardware).
SO-DIMM DDR (Double Data Rate) dan DDR2 kedua-duanya
memiliki 200 pin. Namun, kedua-duanya tidak boleh diletakkan sembarangan
seperti meletakkan DDR pada spesifikasi perkakasan DDR2 atau sebaliknya.
Mujurlah SO-DIMM memiliki takuk yang berbeza yang boleh digunakan untuk
menentukan jenis-jenisnya dari pandangan mata kasar kita
UDIMM
UDIMM merupakan salah satu dari jenis-jenis DIMM, bezanya pada
memorinya ia tidak berdaftar(unregistered atau unbuffered). UDIMM pada
kebiasaannya digunakan pada komputer desktop dan laptop. Walaupun UDIMM
dianggap lebih pantas dan lebih murah dari memori jenis berdaftar (RDIMM
atau registered memory), tapi ia kurang stabil berbanding jenis yang berdaftar.
RDIMM lebih digunakan pada sistem komputer yang memerlukan
kestabilan yang tinggi seperti yang ada pada server atau komputer penyelidikan.
Bagi penggunaan komputer secara santai, penggunaan UDIMM sudah memadai. Cip
pada DDR yang ada di dalam pasaran hari ini kebanyakannya adalah dari jenis
UDIMM.
GDDR3, 4, dan 5
Graphics Double Data Rate (GDDR) adalah jenis memori yang
digunakan untuk kad grafik. Walaupun ia mempunyai banyak persamaan teknologi
dengan DDR (double data rate), ia masih mempunyai beberapa keunikan yang
membezakannya. GDDR3, 4, dan 5, kesemuanya masih lagi digunakan secara meluas
dan anda mungkin boleh mendapatkannya tanpa sebarang masalah.
penggunaan tenaga adalah kurang dengan menggunakan GDDR3.
Ini membolehkan kad grafik menggunakan sistem penyejukan yang lebih ringkas
selain meningkatkan mutu penghasilan grafik.
EDO DRAM
EDO (Extended Data Out) DRAM direka khusus untuk kegunaan
pemprosesan Intel Pentium satu ketika dahulu. RAM jenis ini sudah tidak
dikeluarkan lagi di pasaran hari ini. Ia dihasilkan dengan tujuan mengurangkan
masa yang diperlukan untuk membaca memori.
Walaupun ia pada asalnya dioptimumkan untuk pemprosesan
Pentium 66 MHz, ia tidak sesuai digunakan pada komputer yang lebih pantas.
Untuk itu, RAM jenis SDRAM (Synchronous Dynamic RAM) adalah lebih sesuai
digunakan.
PCX-XXXXX
Melabelkan DIMM DDR mengikut kadar kelajuaannya bukanlah
sesuatu yang mudah. Misalnya kadar kelajuan data berganda, sebuah DIMM DDR yang
dinilaikan sebagai 100 MHz sebenarnya mampu melaksanakan 200 juta pemindahan
dalam masa 1 saat.
Disebabkan itu, DIMM DDR 100 MHz dilabelkan sebagai DDR-200,
DIMM DDR 133 MHz dilabelkan sebagai DDR-266 dan begitu juga seterusnya.
Bagaimanapun, bit adalah unit ukuran yang lebih mudah
digunakan berbanding kadar pemindahan bagi setiap saat selain dari memudahkan
kita untuk melakukan pengiraan. Atas sebab itu, kelajuan DIMM diberi
berdasarkan penarafan PC.
Penarafan PC DDR DIMM boleh dicongak dengan mendarabkan
kadar pemindahan data untuk setiap saat dengan nilai 8. Untuk itu, penarafan PC
memberikan DDR2-200 sebagai PC-1600.
DIMM DDR2 adalah lebih pantas berbanding jenis sebelumnya.
Untuk itu, DIMM DDR2 yang bernilai 100 MHz akan dinilaikan sebagai DDR2-400
atau PC-3200. DIMM DDR2 yang lebih tinggi yang mencapai kelajuan sehingga 266
MHz akan dilabelkan sebagai DDR2-1066 atau PC2-8500. Bagaimanapun, pada
kelajuan ini penarafan PC tidak sesuai lagi digunakan dan nilai kelajuannya
akan digenapkan. Sebagai contoh kelajuan sebenar PC2-8500 menghampiri 8,500
MB/s.
DIMM DDR3 pula jauh lebih pantas dengan jenis yang paling
asas pun mampu mengatasi kelajuan DIMM DDR sehingga empat kali ganda dan
melakukan pemindahan data sehingga 800 juta sesaat. DIMM jenis ini mampu
mencapai kelajuan sehingga 6,400 MB/s dan dilabelkan sebagai DDR3-800 atau
PC3-6400.
Kesimpulan
Keperluan RAM anda bergantung kepada sistem komputer anda
dan bagaimana anda ingin menggunakannya. Ada juga masanya yang RAM yang anda
telah beli untuk digunakan tidak sesuai digunakan pada sistem komputer.
Untuk itu, jenis RAM dan ketersesuaiannya dengan papan induk
komputer desktop atau laptop anda perlu diketahui terlebih dahulu.
Takut nanti nak jimat belanja upgrade punya pasal, timbul
masa lain pula bila kita tak sengaja rosakkan perkakasan lain macam
motherboard, hard disk dan sebagainya akibat tersilap pasang RAM.
Sekiranya anda ingin tahu lebih
lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami
untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.