Cara Mengatasi Masalah Macbook Pro Tidak Dapat Startup
Cara Mengatasi Masalah Macbook Pro Tidak Dapat Startup
Salam semua, Kali ini kami ingin berkongsi bagaimana cara
untuk mengatasi masalah macbook pro tidak dapat startup. Cara yang digunakan adalah dari 'try
and error' sahaja.
Sebelum itu anda hendaklah mempunyai alat atau 'tool' untuk
membuka macbook anda. Alat yang di maksudkan ialah skrew driver. Jika dah
sediakan tool anda boleh mula dengan membuka penutup belakang macbook anda.
Lepas tu anda buka RAM dan tukarkan RAM 1 pada kedudukan slot RAM 2 dan RAM 2
pada kedudukan slot 1. Senang cakap tukar kedudukan RAM. Jika macbook anda cuma
menggunakan satu slot RAM, cuma pindahkan ke slot yang kedua. Selepas tukar
kedudukan RAM tutup semula macbook anda.
Kemudian cuba 'on' semula macbook anda dengan menekan butang
power sebelah kanan atas. Jika bejaya tahniah. Kalau tak berjaya jangan susah
hati. Apa yang perlu anda lakukan ialah pastikan macbook anda disambung dengan
bekalan elektrik. Pastikan bateri di cas sehingga penuh. Jika lampu menunjukkan
warna hijau bermakna bateri dah penuh kalau masih warna oren sabar tunggu
sehingga penuh. Tapi sebelum itu
pastikan anda shutdown macbook anda dengan menekan butang power selama 10 saat.
Selepas bateri penuh anda boleh cuba on semula macbook anda. Kami harap pada
peringkat ini anda telah berjaya. Tahniah.
Selepas anda berjaya on semula macbook anda, anda perlu
melakukan beberapa perkara lagi. Seperti senaraikan dibawah ini :
1. Reset PRAM. Pastikan anda shutdown secara biasa bukan
main paksa. Lepas itu on semula macbook anda. Anda perlu tekan butang command +
option + p + r secara serentak sebelum skrin kelabu keluar semasa anda restart
semula macbook anda.
2. Verify disk permission + Repair disk permission. Anda
perlu verify disk permision dan repair disk permision. Untuk melakukan perkara
ini anda perlu klik disk utility dalam folder aplikasi --> Others. Anda
perlu klik hardisk yang hendak di verify. Lakukan satu persatu dan tunggu
biasanya tak lama hanya dalam masa beberapa minit sahaja. Ok, jadi ini sahaja
perkongsian daripada kami. Semoga ianya bermanfaat untuk anda dan dapat membantu.
3. Dan sekiranya anda masih tidak berjaya meneyelesaikan
masalah yang anda hadapi dengan mengikut STEP yang telah kami berikan, anda
boleh bawa Macbook anda kepada kami:
OK Computer Solution Bangi,
dan kami akan membantu
menyelesaikan masalah yang anda hadapi boleh hubungi kami di taliaan:-