KENAPA PERLU THERMAL PASTE?
KENAPA PERLU THERMAL PASTE?
Sebelum
menjawab persoalan di atas, mari sama-sama kita kenal apa itu Thermal Paste.
Thermal Paste atau Thermal Grease atau Thermal Compound atau Chip Coolant atau apa
saja pun namanya adalah sejenis bahan yang diperbuat dari silikon dan zink
oksida atau seramik dan perak. Sebab itu kebanyakan Thermal Paste berwarna
kelabu.
Kenapa perlu
Thermal paste? Adakah Cooling sistem yang direka oleh engineer komputer tidak
mampu menyejukkan Processor chip di motherboard. Sebenarnya, cooling sistem
sahaja tak mampu mengawal kepanasan Processor chip di Motherboard. Kerana, apa
bila terdapat 2 permukaan rata yang bercantum, masih ada lagi ruang udara yang
terperangkap. Udara yang terangkap inilah yang dikenali sebagai ‘budak nakal’
yang menjadi agent-agent yang memanaskan lagi processor chip motherboard anda.
Cuba lihat diagram dibawah:
Dengan
adanya thermal paste, ruang udara telah diisi dengan cecair grease yang
bersifat sejuk lagi menyejukkan. Oleh itu, suhu dapat dikawal supaya tidak
terlalu panas yang menyebabkan motherboard anda terbakar. Suhu ideal bagi
sesebuah laptop / PC ialah dibawah paras 60 ºC. Paling bagus ialah diantara
45-50 ºC.
Thermal
paste perlu diganti dengan yang baru pada jangka masa tertentu. Ini kerana
ianya akan mengeras dan tidak lagi mampu menjadi sebagai agent penyejuk.
Sebaik-baiknya ganti thermal paste 6 bulan sekali. Saya selalu nasihatkan
kepada pelanggan-pelanggan supaya service laptop mereka. Jika saya dapati
laptop pelanggan saya terlalu panas atau berhabuk, akan akan servis tanpa perlu
bertanya kepada mereka. Terpulang kepada mereka untuk membayar upah servis
tersebut atau pun tidak. Kerana, bagi saya menyelamatkan laptop pelanggan
adalah lebih utama daripada wang.
Saya
berharap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda. Kongsikan ilmu ini
kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana anda mungkin dapat menyelamatkan
laptop / PC daripada mengalami kerosakan. Jumpa lagi di posting yang akan dating
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada
kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.