PUNCA LAPTOP CEPAT PANAS
PUNCA LAPTOP CEPAT PANAS
Panas merupakan salah satu musuh terbesar bagi laptop. Panas
yang berlebihan dari sebuah laptop dapat menggangu performance dari laptop itu
sendiri, dah tentunya juga dapat menganggu untuk membuat kerja. Dibandingkan dengan
sebuah PC, laptop cenderung lebih mudah panas. Biasanya sebuah PC masih mempunyai
ruang didalamnya yang boleh digunakan untuk sirkulasi udara, sehingga sirkulasi
udara pada PC cenderung lebih baik dibandingkan dengan laptop. Sementara laptop
dengan design yang lebih nipis dan minimalis, otomatis menyebabkan
komponen yang ada di dalamnya menjadi sangat padat, sehingga sirkulasi udara
didalamnya kurang begitu baik. Kali ini saya akan memaparkan beberapa hal yang
dapat menyebabkan laptop menjadi cepat panas.
Mungkin
beberapa hal yang saya utarakan berikut ini merupakan beberapa hal penyebab laptop cepat panas. Tentu saja ulasan
berikut ini berdasarkan pengalaman peribadi saya. Berikut merupakan beberapa
hal yang dapat menyebabkan laptop Anda cepat panas.
Ø
Menggunakan
Laptop Terlebih Masa
Kita
tentunya sudah tahu, penggunaan laptop dalam jangka waktu yang lama dapat meningkatnya
suhu pada komponen – komponen yang ada pada laptop. Apatah lagi jika laptop
digunakan untuk kerja berat, seperti bermain games atau untuk membuat design
grafik, ini lebih mempercepat laptop menjadi panas.
Ø
Laluan
Udara Heatsink Terganggu
Sedar
atau tidak, kebanyakkan masalah adalah berpunca dari saluran heatsink yang
terganggu oleh kumpulan segala jenis habuk dan adik beradik habuk serta family
habuk itu sekali yang menyebabkan kepanasan pada pemproses pusat (CPU)
meningkat tinggi. Heatsink adalah lapisan metal yang bertindak sebagai penebat
haba yang menyalurkan kepanasan pemproses keluar dari ruang dalaman laptop.
Kepanasan adalah musuh utama sebarang komponen elektronik
yang sering kali menyebabkan Windows korang menjadi hang. Untuk memastikan
komponen berada dalam suhu yang sesuai, setiap laluan pengudaraan mestilah
dalam keadaan baik dan lancar. Namun, anda tidak mungkin dapat mengelak dari
masalah ini. Kumpulan segala jenis habuk dan adik beradik habuk serta family
habuk yang tebal pada heatsink terkumpul sedikit demi sedikit yang menyukarkan
anda untuk mengawalnya.
Servis pada heatsink sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
adalah yang terbaik bagi semua jenis peralatan mobile (notebook, laptop dan
netbook). Servis pada heatsink perlu dilakukan oleh mereka yang mahir mengendalikan
perkakasan laptop. Setelah selesai korang melakukan servis, korang akan dapat
merasai perbezaannya (laptop tidak lagi panas seperti sebelumnya dan tidak lagi
hang)…
Ø
Kipas
Heatsink tidak berfungsi
Pastikan
fan atau kipas heatsink berfungsi dengan baik. Untuk memastikan ianya
berfungsi, korang hanya perlu mendengar dengan teliti dari bawah laptop korang
yang sepatutnya kedengaran seperti kipas yang sedang berpusing. Kebanyakkan
laptop pada masa kini mempunyai kemampuan bagi kelajuan pusingan kipas yang
dikawal oleh suhu pemproses. Ini bermakna tidak semestinya korang akan
mendengar kipas heatsink berpusing setiap masa, ini adalah bagi meningkatkan
jangka hayat penggunaan bateri.
Semak tetapan BIOS bagi mengenal pasti mode pusingan kipas
heatsink. Sebaiknya biarkan kipas berfungsi pada setiap masa. Kipas heatsink
yang gagal berfungsi perlu ditukar segera. Ianya boleh menyebabkan kepanasan
terlampau yang akan mengganggu ketahanan komponen lain disekitar unit pemproses
(CPU) dan sudah tentu akan menyebabkan Windows hang. Elak dari meletakkan
laptop atas permukaan tidak sekata seperti di atas karpet atau tilam yang
semestinya akan menutup ruang pengudaraan yang diperlukan bagi kipas dan
mekanisma penyejuk laptop atau notepad korang berfungsi dengan baik.
Ø
Hard Disk
failure
Kitaran
masa penggunaan sesuatu peralatan mempunyai had-had tertentu yang telah dikenal
pasti oleh pembuat. Disini, bermakna setiap komponen atau peralatan mempunyai
tempoh hayat tertentu. Hard Disk adalah antara peralatan yang sering dibawah
jangka hayat ditetapkan pengeluar. Ia juga merupakan salah satu faktor penyebar
haba yang terbanyak selepas pemproses (CPU & chipset) yang menyebabkan
peralatan laptop, notebook dan netbook korang berasa agak panas dan boleh
menyebabkan gangguan seperti masalah Windows hang.
Kepanasan yang berterusan pada hard disk juga akan
memendekkan jangka hayat hard disk. Biasanya, sebelum sebarang hard disk
menjadi total-lost, keupayaan hard disk tersebut terganggu. Gangguan ini juga
mengakibatkan Windows sering kali bermasalah dan “hang” disebabkan kesemua
fail-fail windows adalah terletak di dalam hard disk tersebut. Adalah
digalakkan bagi korang untuk menyemak status SMART hard disk sebagai langkah
berjaga jaga dari sebarang kemungkinan hard disk failure yang boleh
mengakibatkan kehilangan keseluruhan data di dalamnya…
Ø
Thermal
Paste Kering
Kita tahu bahawa salah satu komponen yang cepat panas pada
laptop adalah pada bahagian processor,dan biasanya pada bahagian atas processor
diberi semacam gelyang disebut thermal pasteyang betujuan untuk mengurangi
panas yang dihasilkan oleh processor.
Apabila laptop masih baru, biasanya tidak ada masalah pada thermal paste,
tetapi setelah melewati masa pemakaian yang lama, lama – kelamaan thermal paste
akan mengering dan processor akan cepat panas.
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi.