KESAN BURUK MENGGUNAKAN LAPTOP TANPA BATERI
KESAN
BURUK MENGGUNAKAN LAPTOP TANPA BATERI
Assalamualaikum dan
selamat sejahtera, Kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan laptop sambil
mengecas bateri akan
membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan
merosakkan bateri. Tetapi
segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara langsung tanpa
menggunakan bateri sebaliknya berpotensi merosakkan
komponen-komponen tertentu di dalam laptop.
Sebenarnya
kedua-dua pendapat ini tidak salah, tetapi perlu diketahui bahawa menggunakan
laptop tanpa menggunakan bateri yang dihubungkan terus ke soket elektrik adalah
lebih teruk kesannya.
Hal ini
kerana arus elektrik akan lansung menuju ke hardware tanpa melakukan
penyesuaian tenaga, sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang
berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga
menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu
tinggi.
Selain itu,
jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya
sangat membahayakan motherboard dan hardisk. Adalah lebih baik bateri laptop
yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya
lebih mahal di bandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan
antara 2-3 tahun
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada
kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.