KESAN HIBERNATE & SLEEP PADA LAPTOP
KESAN HIBERNATE & SLEEP PADA LAPTOP
Kali ini
kami akan menyentuh berkenaan satu tabiat yang boleh membawa bencana kepada
Laptop/Notebook kesayangan kita. Tahukah anda dengan mengamalkan 'hibernate'
dan 'sleep' di laptop anda boleh membawa kepada kerosakan skrin dan hard disk.
Kenapa ini terjadi?
Laptop/Notebook
biasanya selepas 'hibernate' atau 'sleep' kita akan tutup skrin dan masukkan ke
dalam bag jika hendak berpindah ke suatu tempat. Bayangkan haba yang dikeluarkan oleh motherboard
dan hard disk yang tidak ditutup secara penuh ini terperap di dalam beg itu. Lama-kelamaan haba
ini akan menjadikan hard disk dan panel skrin mudah rosak kesan kepanasan
berpanjangan tanpa henti.
Jadi, kenapa
perlu mengambil risiko ini? Jangan sayang untuk 'shut down' Laptop/Notebook
anda. Berikan masa rehat untuk
Laptop/Notebook kesayangan anda.
Barangan
elektronik ini kalau terlebih guna sampai tiada istilah tutup pun tak boleh.
Kalau terlebih sayang sampai sebulan sekali je guna pun tak boleh.
Sekiranya anda ingin tahu lebih
lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami
untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.