LED LCD Skrin , Mengapa ia lebih baik dari CCFL LCD?
LED LCD Skrin , Mengapa ia lebih baik
dari
CCFL LCD?
Skrin LCD
memerlukan cahaya untuk menghasilkan imej. Cecair Kristal hanya menyediakan
warna tetapi tidak mewujudkan cahaya mereka sendiri, jadi cahaya latar atau
backlight adalah sumber cahaya yang kemudiannya ditapis oleh cecair kristal
untuk menghasilkan imej pada skrin.
Jenis
backlight yang paling biasa dan telah digunakan selama bertahun-tahun ialah
CCFLs (Cold Cathode Fluorescent Lamp) yang menggunakan power inverter untuk
menukar Direct Current kepada kuasa AC Alternating Current voltan tinggi yang
boleh digunakan untuk menyalakan mentol CCFL, tetapi pada tahun-tahun
kebelakangan ini, pengeluar telah mula menggunakan backlight jenis LED (Light
Emitting Diod). Mari kita lihat beberapa kelebihan menggunakan backlighting
LED.
LED boleh
dipasang di sekitar sisi skrin, atau secara langsung di belakang skrin,
dikenali sebagai direct mounting. Apabila menggunakan direct mounting, beberapa
LED boleh dipilih untuk dimatikan bagi meningkatkan kontras, menjadikan kawasan
gelap pada imej semakin gelap sementara masih mengekalkan kecerahan pada
kawasan cerah. Pemasangan LED pada sisi lebih sesuai untuk paparan lebih nipis,
seperti skrin laptop.
Salah satu
kelebihan utama backlighting LED adalah mengurangkan penggunaan kuasa. LED
umumnya menggunakan kuasa yang rendah berbanding CCFLs walaupun cahaya dikeluarkan adalah sama . Tetapi hal ini agak
diimbangi oleh kos pengeluaran yang lebih tinggi menggunakan LED sebagai
backlight, dan menyebabkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna.
Penggunaan
kuasa yang lebih rendah juga membawa kepada jangka hayat bateri yang lebih
baik, dan ianya mendapat perhatian kepada pengeluar alat mudah alih. Malah,
jangka hayat bateri lebih lama adalah salah satu sebab utama kenapa kebanyakan
pengeluar beralih kepada backlighting LED untuk laptop dan notebook keluaran
mereka.
Sekiranya anda ingin tahu lebih
lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami
untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.