Punca Kenapa Iphone Jadi Cepat Panas | OKCS BANGI
Punca Kenapa Iphone jadi
cepat Panas
Menurut kajian, bateri lithium-ion pada kebiasaannya
menyimpan 40 peratus cas dan mengeluarkan haba pada sekitar 40 darjah Celcius
apabila digunakan. Ia boleh meningkat lebih tinggi lagi jika dibiarkan pada
charger seharian seperti yang biasa dilakukan oleh pengguna laptop.
Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh pengguna telefon
pintar apabila berhadapan dengan situasi peranti menjadi panas?
Terdapat tiga punca utama yang biasa dikaitkan dengan
mengapa Iphone anda menjadi panas;
Isyarat
selular yang lemah
Beban pemprosesan yang melampau
Mengecas bateri
Isyarat selular yang lemah
Di Malaysia, isyarat telekomunikasi untuk capaian internet
mudah alih oleh syarikat-syarikat telco tidak konsisten. Ia mungkin disebabkan
jumlah pengguna telefon mudah alih di Malaysia yang semakin berkembang dan
ditambah pula dengan kekangan prasarana di sesetengah tempat terutamanya di
kawasan pedalaman.
Kesannya, telefon pintar atau tablet kita akan berterusan
mencari isyarat telekomunikasi hingga memberikan kesan terhadap penggunaan
tenaga bateri serta menjadikan peranti lebih cepat panas.
Malangnya, untuk masalah ini tidak ada lagi penyelesaian
secara total melainkan anda perlu menutup sementara penggunaan data selular
pada peranti anda.
Beban
pemprosesan yang melampau
Seperti yang telah dinyatakan pada awal artikel ini,
pemprosesan telefon pintar atau tablet mampu menjanakan haba yang agak tinggi
pada satu-satu masa. Semakin banyak proses yang dilakukan, semakin panas lah jadinya
pemproses itu. Ia juga boleh menjadi panas ketika sedang mendapatkan isyarat
selular dari telco atau terdapat aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan pada
background.
Anda mungkin boleh mengurangkan penggunaan pemprosesan
peranti anda dengan mematikan sesetengah aplikasi-aplikasi yang dirasakan tidak
diperlukan pada tetapan Ipkhone anda.
Mengecas
bateri
Aktiviti mengecas bateri peranti secara umumnya adalah
selamat dilakukan jika kena pada caranya. Jika tersalah langkah, seperti
menggunakan pengecas tiruan atau yang sudah rosak, ia mampu mengundang bahaya.
Sebagai langkah keselamatan, cuba elakkan dari menggunakan
pengecas tiruan. Biarlah bermodal sikit mendapatkan pengecas yang asli dari
pengeluar peranti asalkan anda selamat.
Saya
berharap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda. Kongsikan ilmu ini
kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana anda mungkin dapat menyelamatkan
laptop / PC daripada mengalami kerosakan. Jumpa lagi di posting yang akan dating
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada
kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.