2 Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh
2 Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh
Masa mula-mula beli handphone, hampir 60% yang beli handphone
akan bertanya, berapa lama nak caj handphone baru? Ada yang kat kena caj
handphone baru 8 jam. Ada yang kata tak perlu 8 jam, cukup sekadar dah penuh.
Kini selepas setahun atau dua tahun guna handphone, masalah
bateri ‘kong’ atau bateri cepat habis sangat biasa dengar, memang tiada solusi
lain kerana masing-masing menggunakan handphone untuk online 24 jam.
Tetapi masalah timbul apabila charger handphone rosak.
Sekarang kalau beli handphone baru, charger datang berasingan dengan USB cable.
Bukan macam dahulu yang bersambung. Kalau charger rosak, yang rosak pasti wayar
USB di bahagian kepala yang nak dimasuk ke handphone ataupun wayar putus.
Kenapa caj bateri handphone lambat penuh?
Pernah ambil tahu mengenai kapasiti output charger yang anda
guna sekarang ni? Kelajuan pengecasan sesebuah handphone salah satunya
bergantung pada kapasiti output charger
Ada yang diberi charger dengan output 800mAh, 850mAh,
1000mAh, 1200mAh, 1350mAh, sehingga 2100mAh.
Lagi besar saiz kapasiti output charger anda lagi cepat
kelajuan untuk caj handphone anda sehingga penuh.
Kalau handphone murah macam lenovo S820 saya, dia bagi
1000mAh sahaja. Kebiasaan Samsung akan bagi 2000mAh.
Bila kapasiti output charger rendah, handphone akan caj agak
lambat. Jadi memang lambat la penuh!
Tapi kalau kapasiti charger anda dah 2100mAh tapi masih
lambat, mungkin ada masalah di wayar USB.
Sekiranya kepala charger rosak, agak sukar nak dapatkan
kepala charger 2000mAh keatas di kedai biasa. Melainkan beli yang original di
kedai handphone atau gadget. Harga dalam RM40.
2. Panjang
dan tebal Wayar USB
Ramai yang tak tahu, kepanjangan dan ketebalan wayar USB
memainkan peranan penting juga untuk pastikan handphone di caj penuh dengan
cepat.
Walaupun kapasiti output charger anda tinggi, tetapi kelajuan
charge tetap rendah, ini kerana wayar USB yang anda gunakan adalah jenis
panjang dan kurang tebal.
Kalau kita lihat wayar USB original yang kita dapat dari
pembelian handphone, bahan penebat wayar tersebut lebih tebal dan tidak terlalu
panjang.
Kalau di beli di kedai atau pasar malam, pelbagai jenis wayar
yang dijual, siap berwarna warni dan berlampu lagi. Tetapi apabila digunakan,
pasti apabila caj handphone lambat penuh.
Jadi, lebih baik beli wayar USB yang dibuat dari penebat yang
tebal untuk aliran arus elektik yang lebih banyak.
Jadi sebelum nak beli charger dan wayar USB, perlu ambil kira
saiz kapasiti charger dan juga ketebalan penabat wayar USB. Supaya tiada
masalah apabila caj bateri handphone lambat penuh.
Saya
berharap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda. Kongsikan ilmu ini
kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana anda mungkin dapat menyelamatkan
laptop / PC daripada mengalami kerosakan. Jumpa lagi di posting yang akan dating
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada
kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.