Bagaimana untuk mengetahui Hard Disk atau Motherboard Rosak?? | OKCS BANGI

Bagaimana untuk mengetahui Hard Disk atau Motherboard Rosak??


Apakah itu Motherboard dan Hard Disk



Motherboard atau mainboard atau papan induk juga biasanya dipanggil sebagai mobo
merupakan sebuah hardware yang paling utama dalam sesebuah sistem komputer. Motherboard
ini merupakan sebuah papan utama dimana terdapat komponen-komponen serta chip controller
yang bertugas mengatur pergerakan atau lalu lintas data dalam sistem komputer. Pada
motherboard ini juga terletaknya processor, RAM, Sound Card, VGA Card, Internal Modem dan
sebagainya.

Hard Disk (HDD) atau cakera keras merupakan sebuah storan capaian rawak bersifat tidak
meruap yang digunakan untuk menyimpan data yang tersedia dalam sesebuah komputer. Ianya 
dapat menyimpan data lebih banyak jika dibandingkan dengan penyimpan data mudah alih 
seperti pendrive, CD-ROM dan sebagainya. Data yang disimpan dalam hard disk juga 
menggunakan prinsip kemagnetan dalam menjalankan operasinya. Sebab itu hard disk sangat 
sensitif dan mudah rosak jika ianya terjatuh, terhempas dan sebagainya.

Mengesan Motherboard, Hard Disk rosak



Bagaimana pula nak tahu samada motherboard atau hard disk dalam laptop anda rosak?
Terdapat beberapa tanda yang boleh dikesan jika motherboard laptop anda rosak, seperti
contoh laptop anda boleh on tapi tak keluar gambar, boleh on tapi tak keluar gambar dan
lampu berkelip kelip kat caps lock dan atas keyboard, tak boleh on langsung, USB tak boleh
pakai, boleh on tapi lepas 5 saat mati sendiri, boleh on tapi lepas 30 minit restart sendiri.

Hard disk juga mempunyai beberapa gejala yang dapat dikesan jika ianya rosak. Antara
gejalanya seperti windows tersekat (hang), tak boleh nak masuk windows, blue screen, laptop
anda jadi lembap walaupun dah format lebih dari seribu kali, walaupun dah upgrade RAM,
hard disk anda terasa panas (boleh dirasakan pada sebelah bawah laptop dimana terletaknya
hard disk) keluar bunyi pelik dan bising pada laptop.

Langkah Berjaga-jaga


Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan perkara seperti di atas tidak
terjadi. Seperti contoh, jangan sesekali menghempas, menjatuhkan laptop anda, jauhkan dari
sebarang bahan  berbentuk cecair seperti air minuman dan sebagainya, ini kerana, motherboard
akan short dan peluang untuk repair adalah sangat tipis melainkan tukar motherboard terus.
Pastikan laptop/PC di shut down dengan betul dan jangan tutup elektrik power terus kerana
ianya boleh merencatkan perjalanan RAM dan hard disk. Selain itu, penggunaan anti virus juga
sangat digalakkan untuk memastikan laptop anda tidak diserang virus merbahaya yang mana
boleh membuatkan hard disk anda corrupt.

Walaubagaimanapun, jika laptop anda mempunyai beberapa tanda seperti di atas, adalah
dinasihatkan untuk membawa laptop anda ke kedai komputer atau bertanya pada yang pakar
untuk pemeriksaan lebih lanjut. Kami di Ok Computer Solution sangat pakar dalam
menyelesaikan semua masalah utama berkaitan hard disk dan motherboard. Berikut merupakan
beberapa contoh laptop yang telah berjaya kami repair dengan berlainan model.


















Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah
melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada
orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.