Apple : Cara Cepat Menghapuskan Dokumen di Mac Tanpa Masuk ke dalam Trash | OKCS BANGI

Apple : Cara Cepat Menghapuskan Dokumen di Mac Tanpa Masuk ke dalam Trash






















Kita sering menghapuskan banyak data di komputer mac, akan tetapi semua data 
tersebut akan terus masuk ke dalam folder Trash. Tahukah anda bagaimana untuk 
menghapuskan data secara total tanpa menyimpan ke dalam Trash?

Disini Kami akan kongsikan bagaimana cara mengunakan mode "Delete Immediately" 

yang ada di Finder untuk menghapuskan data secara total tanpa menyimpan ke dalam 
Trash.

A. Delete Immediately via Shortcut Keyboard



  1. Pilih dokumen yang ingin anda hapuskan. samada satu atau sekaligus beberapa                           buah dokumen. Pastikan anda sudah tidak memerlukannya lagi.
  2. Tekan butang keyboard option + command + delete.
  3. Setelah itu warning window untuk menghapuskan dokumen tersebut akan terpapar.                        Pilih Delete jika mahu teruskan dan Cancel untuk membatalkan proses ini. Jika anda                      pilih Delete, secara automatik dokumen anda akan dihapuskan tanpa di simpan di                      dalam folder Trash.

B. Delete Immediately via Menu Bar Finder


  1. Pilih dokumen yang ingin anda hapuskan. samada satu atau sekaligus beberapa                            buah dokumen. Pastikan anda sudah tidak memerlukannya lagi.
  2. Akses Menu Bar Finder dan tekan butang File.
  3. Setelah itu tahan butang keyboard - Option untuk mengubah fungsi Move to Trash                                 menjadi Delete Immediately. Tekan butang tersebut dan berikan persetujuan untuk                     menghapuskan dokumen.