REPLACEMENT WIFI CARD MACBOOK PRO | OKCS BANGI
MACBOOK WIFI TAK DETECT
(wifi card)
Baiklah, kali ini kami akan berkongsi dengan anda mengenai salah satu
#JobOfTheDaykami mengenai menukar wifi card pada Macbook Pro.
APAKAH SITUASI YANG DI ALAMI?
Sebelum ini, Encik Saufi Yusuff mengalami masalah tidak boleh melayari internet
kerana Macbook Pro beliau tidak mahu connect dengan wifi yang ada.
Ia menyukarkan Encik Saufi untuk membuat kerja-kerja beliau
yang memerlukan internet serta mencari info-info yang dikehendaki.
Jadi, Encik Saufi menggunakan telefon bimbit beliau untuk melakukan segala kerja yang ada.
Agak sukar bagi Encik Saufi untuk
menggunakan telefon bimbit kerana faktor umur yang meningkat.
Lalu Encik Saufi beritahu kepada kawannya mengenai masalah yang dihadapi.
Kawan kepada Encik Saufi mencadangkan Encik Saufi membawa Macbook Pro
beliau ke kedai Ok Computer Solution (OKCS)
cawangan Damansara Perdana kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal Encik Saufi.
APAKAH YANG PATUT DILAKUKAN?
Dengan segera Encik Saufi bersetuju untuk ke OKCS.
Sampainya Encik Saufi di OKCS, juruteknik (technician)
terus periksa masalah yang dihadapi oleh Encik Saufi dan dapati bahawa Wifi Card
tidak berfungsi dengan baik. Juruteknik mencadangkan supaya wifi card
tersebut perlu tukar ke yang baharu. Encik Saufi bersetuju dengan cadangan
juruteknik OKCS.
LANGKAHNYA?
Ikuti langkah-langkah yang dilakukan oleh juruteknik :
1. Buka cover pada bahagian belakang.
2. Kemudian, Buka skru-skru yang ada pada bahagian bateri dan
keluarkan bateri supaya tiada berlaku sebarang kerosakan atau
kejadian yang tidak diingini pada bahagian motherboard.
3. Setelah bateri dikeluarkan, Buka skru pada bahagian yang
menyambungkan skrin kerana untuk mengetahui semua wifi
card macbook pro terletak pada bahagian bawah skrin.
4. Setelah keluarkan skrin, buka bahagian bawah dengan berhati-hati
dan anda akan nampak wifi card di situ. Gambar di bawah merupakan
gambar wifi card yang dikeluarkan.
(wifi card baru dan wifi card lama)
5. Setelah pasang wifi card yang baru, pasang semula skrin,
skru-skru serta bateri yang telah di buka tadi. Pasang dengan teliti
serta berhati-hati supaya tiada yang tertinggal untuk dipasang dan
tiada kerosakan yang berlaku.
Kemudian, hidupkan atau erti kata lain 'turn on' macbook anda dan
periksa pada bahagian wifi. Adakah nama wifi yang ingin disambungkan
telah tertera? Sambungkan pada wifi yang anda inginkan.
HASIL KERJA KAMI
6. Wifi telah berjaya disambungkan dan anda boleh melayari internet seperti biasa.
Setelah semua proses berjaya dilakukan, pihak OKCS
menelefon Encik Saufi untuk memberitahu mengenai Macbook Pro
beliau telah tidak mempunyai sebarang masalah lagi untuk melayari
internet dan meminta Encik Saufi untuk mengambil Macbook Pro beliau.
Encik Saufi telah datang ke OKCS dan pihak juruteknik telah terangkan
proses serta langkah yang dilakukan kepada Encik Saufi. Encik Saufi sangat
berpuas hati kerana selepas ini Encik Saufi boleh melayari internet seperti
biasa dan melakukan kerja-kerja beliau.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)
-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi