Macam Mana Google Maps Atau Waze Boleh Tahu Jalan Tu Jem Ke Tak? | OKCS BANGI



Zaman moden ni, hampir semua orang menggunakan aplikasi Waze ataupun Google Maps sebagai cara untuk ke satu destinasi daripada satu destinasi lain. Nak elakkan jalan jem pun guna Waze.


Persoalannya, macam mana Google Maps atau Waze atau aplikasi yang seumpama dengannya boleh tahu sesuatu jalan tu jem ke tak? Dia guna camera ke?





Jawapannya, kita sendiri yang beri maklumat pada Google sama ada jalan tu jem atau sebaliknya, tanpa kita sendiri sedari.
Dikenali sebagai Crowdsourcing, kita secara tak sedar telah menghantar maklumat lokasi geografi semasa kita kepada apps berkenaan ketika menggunakan aplikasi tersebut. Bukan hanya kita sahaja yang menghantar maklumat berkenaan, tetapi semua orang yang menggunakan aplikasi tersebut pada masa tertentu.

Maklumat seperti traffic semasa, jalan singkat dan laporan-laporan lain dikumpul sebaik sahaja kita set on ‘My Location’ dalam Google Maps. Dalam erti kata lain, Google Maps tahu dekat mana kita ada dan apa maklumat traffic semasa kita, dihantar kepada server, seterusnya di tafsirkan atas Google Maps. Sama lah juga dengan aplikasi GPS lain seperti Waze.
So jalan short-cut, dan re-routing bila terlepas simpang tu semua datang daripada pengguna apps itu juga. Sebab tu kadang-kadang kita lagi sesat bila guna GPS, sebab sebelum ni ada ramai orang yang sesat jugak.

Rujukan:
  1. Google Traffic – Wikipedia
  2. Google Official Blog
  3. Analyzing Real Time Traffic Capabilities of Personal Navigation Devices and Traffic Phone Applications – M Library (University of Michigan)
  4. System For Optimizing Driving Routes For Crowdsourcing Applications – Rutgers University Community Repository
  5. How Stuff Works








SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi