Kelebihan Menggunakan Kad Grafik (Graphic Card) | OKCS BANGI

Kelebihan Menggunakan Kad Grafik (Graphic Card)

Apa itu kad grafik (graphic card)?

Kad grafik (graphic card) adalah kad tambahan (expension card) yang berfungsi 
untuk memproses dan menghasilkan imej untuk dipaparkan pada peranti output 
iaitu monitor. Kad grafik dikenali dengan pelbagai nama antaranya kad pemecutan 
grafik (graphics accelerator card) dan juga adapter grafik (graphics adapter). Pada 
masa sekarang, kad grafik berbentuk kad tambahan yang didatangkan dalam bentuk 
PCI-express. Selain tu, ia juga didatangkan dalam bentuk built-in iaitu disertakan 
bersama dengan motherboard. Kad grafik jenis ini umumnya dipanggil video controller 
ataupun graphic controller.


Kelebihan kad grafik (graphic card)

Banyak kelebihan bila menggunakan kad grafik sebagai contoh dianggap komponen 
terpenting yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja berasaskan grafik seperti editing 
gambar dan video. Selain itu, mereka yang gemar bermain permainan video juga 
menggunakan kad grafik terutamanya permainan video berbentuk 3D.

Panduan membeli kad grafik (graphic card)

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli kad grafik yang sesuai, antaranya :

Semak kelajuan Unit Pemprosesan Grafik (GPU)

Berfungsi untuk memproses data grafik. Dianggap otak kepada kad grafik. Dua perkara 
yang perlu diambil kira ialah kelajuan jam teras (core clock frequency) yang dinyatakan 
dalam unit megahertz (MHz) dan anda perlu tahu 'pipelines' (penjana laluan) yang 
dinyatakan dalam unit pixel.

Semakin tinggi kelajuan jam teras dan banyak bilangan 'pipelines', semakin berkuasalah 
kad grafik tersebut. Kedua-dua elemen ini didarabkan bagi menghasilkan jumlah bayangan 
yang dijana oleh unit pemprosesan grafik tersebut. Contohnya kad yang mempunyai 8 'pipelines' 
pada 400MHz adalah lebih baik daripada kad grafik yang mempunyai 4 'pipelines' pada 500MHz.



Semak memori Video

Berfungsi untuk menyimpan data grafik secara sementara sebelum diproses. Dinyatakan
dalam unit 'bait'. Semakin besar bilangan 'bait' pada memori video semakin lajulah kad 
grafik tersebut. Jumlah memori yang tinggi sahaja tidak memadai untuk menghasilkan 
grafik yang baik. Ianya perlulah diseimbangkan dengan GPU yang berkuasa.